Pengenalan


Program MyMERITS Contest Outreach (MCO) merupakan initiatif jangka pendek syarikat Myrobotz Enterprise dalam situasi penularan wabak covid-19 yang sedang melanda di negara ini. Tujuan program ini adalah untuk menyediakan platform pertandingan STEM berbentuk “family home-based” bagi murid-murid sekolah dan ahli keluarga dalam beberapa fasa pertandingan yang meliputi bidang M.E.R.I.T.S.

Objektif Program

Mewujudkan platform baharu cara pelaksanaan pertandingan berbentuk STEM kepada murid-murid sekolah, iaitu “home-based competition”.

Memastikan kesinambungan pembelajaran berbentuk STEM dapat diteruskan di rumah.

Memastikan kreativiti dan inovasi murid-murid sekolah tidak terbatas.

Mengeratkan hubungan kekeluargaan dan “teamwork” antara ahli keluarga dalam menjayakan setiap pertandingan.

Penganjur

Myrobotz Enterprise

Rakan Kerjasama/Teknikal/Juri 

Majlis Rekabentuk Malaysia
Pusat Sains Negara
Planetarium Negara
Pusat STEM Negara

Penaja Hadiah

Summit USJ

Disokong Oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia (Bahagian Sukan, Kokurikulum & Kesenian)
Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi

Sasaran Peserta

Warganegara Malaysia/Bukan Warganegara Malaysia.

Maksima 3 peserta untuk satu pasukan dan setiap pasukan WAJIB mempunyai sekurang-kurangnya seorang (1) peserta yang terdiri daripada murid tadika/sekolah rendah/sekolah menengah.

Fasa Pelaksanaan

1 Mei 2020 – 31 Disember 2020 mengikut fasa yang akan dimaklumkan kemudian.

Cadangan Program

Berikut merupakan cadangan pertandingan mengikut fasa:-

MySCIENCE @ HOME
MySOLAR @ HOME
MyENGINEER @ HOME

Cara Penyertaan

Setiap pasukan perlu menyediakan atau membina peralatan yang diperlukan berdasarkan syarat pertandingan MCO2020.

Selepas itu, setiap pasukan perlu membuat rakaman video berdurasi maksima 5 minit (format mp4) mengikut speksifikasi syarat pertandingan.

Setiap pasukan perlu menghantar rakaman video yang telah siap disunting kepada pihak penganjur sebelum tarikh tutup tamat.

Semua rakaman video kemudian akan dimuatnaik kepada laman sosial penganjur/rakan kerjasama/penaja untuk paparan umum.

Pemenang akan ditentukan oleh jumlah kumulatif selama seminggu atau tempoh yang akan ditetapkan oleh pihak penganjur seperti Like,Share dan sebagainya (akan dimaklumkan kemudian).

Keputusan akan diumumkan melalui laman sesawang penganjur dan media sosial yang lain.

Cara Pendaftaran

Pendaftaran penyertaan adalah secara “online” di laman sesawang www.myrobotz.blogspot.my

Yuran Pemprosesan

Yuran pemprosesan sebanyak RM 30.00 akan dicaj kepada setiap pasukan yang berdaftar.

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang persoalan, anda boleh menghubungi pihak sekretariat/urusetia seperti berikut:-

Urusetia          : 017 – 570 6383 (Mr. Koh)
Emel               : secretariat@myrobotz.com.my 

Laman Sosial

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sosial seperti berikut:-

www.myrobotz.blogspot.my
www.facebook.com/myrobotz
Telegram Group


No comments:

Post a Comment