Wednesday, April 29, 2020

Jom Ikuti Bengkel Dalam Talian Mengenai Solar Cooker !!


Bengkel Dalam Talian - Syoknya Teroka Ilmu Di Rumah

Bengkel 4 : Ketuhar Solar
Tarikh : 1 Mei 2020 (Jumaat)
Masa : 1000 - 1100

Cikgu-cikgu, murid-murid dan ibu bapa,

Bengkel keempat dalam siri bengkel Syoknya Teroka Ilmu Di Rumah membawakan serang guru matematik yang hebat dari Perak iaitu Cikgu Shahril Othman. Beliau merupakan guru besar di SK Beruas, Perak.

Aktiviti beliau adalah menggunakann ilmu matematik untuk membina ketuhar solar.

Jangan lepaskan peluang untuk sama-sama membina ketuhar solar sambil belajar matematik. Siapa kata belajar matematik mesti hafal, hafal, hafal, latih tubi, latih tubi, latih tubi sahaja?

Cikgu Shahril akan menunjukkan bagaimana kita boleh belajar matematik sambil menjalankan aktiviti atau learning by doing. Rujuk gambar di bawah untuk mengetahui bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat aktiviti ini.

Ayuh sertai bengkel ini esok (Jumaat). Sertai FB dan YouTube Pusat STEM Negara untuk maklumat lanjut.

#pusatstemnegara
#pendidikanmenerusipenerokaan
#syoknyaterokailmudirumah

https://youtu.be/3Lgz6wcwgWc
 — with Shahril Othman.

Tuesday, April 28, 2020

Jom Sertai Kumpulan Telegram MyMERITS !!


Satu Telegram Chatgroup telah diwujudkan bagi memudahkan para peserta untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai program-program MyMERITS Contest Outreach dari semasa ke semasa. Untuk menyertai kami, sila ikut langkah seperti berikut:

1. Muat turun aplikasi Telegram Messenger
    Telegram for Android
    Telegram for Iphone/Ipad

2. Selepas pemasangan aplikasi selesai, sila klik pautan berikut:
    Sertai Chatgroup MyMERITS
 

Program "Home-based STEM Competition" Untuk Seisi Keluarga